Sunday, November 29, 2009

Sertai Kami

Adakah anda seorang golongan kurang upaya?
Ingin merubah nasib menjadi seorang yang berjaya?
Gagal mendapat kerja disebabkan anda adalah orang kurang upaya?
Inginkan kerjaya dan menjadikan bidang perusahaan kraf sebagai sumber pendapatan utama?
Bersedia mempelajari kemahiran menghasilkan kraf ?

Jika ya, anda yang kami cari cari

Pusat Latihan OKU kraf bukan sahaja bertitikpaksikan kepada penghasilan kraf semata-mata. Kami sedia memberikan ruang kepada individu kurang upaya di luar sana yang bersedia ingin mencuba nasib di dalam bidang perusahaan ini.

Walaupun tanpa kemahiran, kami akan berikan didikan dan latihan bagi melatih anda supaya mampu menghasilkan produk kraftangan yang sedia ada juga memberikan anda platform bagi menghasilkan seni reka kraf yang baru.

Dunia seni tiada noktahnya. Andalah yang bakal menghasilkan idea-idea baru yang seiring dengan kehendak peredaran zaman. Seni kraf bukan terhad kepada ukiran, malahan lebih luas lagi seperti:

1. Peluang Perniagaan
2. Menjadi tenaga pendidik sektor penghasilan
3. Menghasilkan produk hiasan dalaman
4. Inovasi baru perhiasan diri dan banyak lagi.

Siapa sangka, langkah yang anda pilih hari ini bakal merubah kehidupan anda.

Sahut cabaran ini dan sertailah kami. Sememangnya kami sentiasa akan membuka ruang dan lembaran yang baru kepada insan kurang upaya di luar sana yang benar-benar berminat dengan perusahaan kraf ini.

Individu berkelayakan yang ingin menyertai Pusat Latihan OKU Kraf disarankan menghubungi kami di:

Pusat Latihan OKU Kraf
013-3998809 (En. Rosli)
012-3093471 (En. Muhammad Asraf)

Pertanyaan lanjut bolehlah diajukan kepada kami melalui panggilan telefon atau pun hadir ke alamat pengurusan kami DI SINI

Pusat Latihan OKU Kraf mangalu-alukan mana-mana pihak samada individu perseorangan, NGO, agensi-agensi kerajaan, GLC mahupun syarikat-syarikat swasta yang sudi menghulurkan bantuan kewangan kepada pusat ini bagi membolehkan lebih ramai lagi golongan kurang upaya mendapat manfaat untuk memajukan diri mereka. Seiring dengan itu hasil sumbangan dan bantuan diberikan akan dimanfaatkan bagi membantu pihak Pusat Latihan OKU Kraf membuka lebih banyak peluang latihan kepada golongan kurang upaya bagi mendapatkan kemahiran di sini.

Jasa bakti anda kami dahulukan dengan ucapan terima kasih

0 comments:

Post a Comment